Monday, August 30, 2010

nasi kerabu + biru??

Pernahkah anda merasa hidangan nasi kerabu dari pantai timur yg terkenal dgn warnanya yg biru? Mungkin bagi sesiapa yg baru pertama kali melihatnya akan merasa pelik dan takut untuk merasainya. nasi ini biasanya dimakan bersama kuah tumis, telur masin, keropok, sambal ikan, kerisik, budu,ulam-ulaman serta air lada. Lauk tambahan adalah seperti ikan goreng tepung,ayam goreng, ayam dan daging bakar serta solok lada. Nasi kerabu pada asalnya mempunyai 3 jenis warna yg manggambarkan 3 jenis variasi. Ada yg putih, kuning dan biru. Tetapi kali ini sy ingin berbicara tentang apa yg membuatkan nasi itu menjadi biru..

Sebenarnya, warna biru itu diperolehi dari air kelopak bunga telang. Bunga dgn nama saintifik 'clitorea ternatea' ini dari keluarga 'fabaceae' berasal dari kawasan Asia Tenggara dan telah diperkenalkan ke Afrika dan Australia. Nama genusnya telah diambil bersempena dgn rupanya yg menyerupai vulva perempuan. Tumbuhan bersulur dan memerlukan medium utk berpaut ini mempunyai bunga berwarna biru atau ungu dlm keadaan tertentu dan buah yg pnjg sprti kacang. Tumbuhan ini membiak melalui tanaman bijinya. Memandangkan warnanya diperolehi dari sumber semulajadi, pemakan nasi kerabu tidak akan terkena bahaya. Oleh itu, bg sesiapa yg masih ragu2, anda boleh membuang rasa takut anda dan nikmatilah keenakan hidangan negara kita yg pelbagai rupa ini. Bunga telang ini sebenarnya telah lama digunakan sbgai pewarna dlm makanan seperti dlm kuih tekan atau pulut tai-tai bagi kaum nyonya peranakan. Di Thailand, ianya digunakan utk membuat minuman sirap dipanggil 'nam dok anchan' manakala di Burma dan Indonesia, ianya dicampur dlm kuih beras goreng. Bagi segelintir masyarakat, mereka menggunakan bunga telang sebagai pewarna utk menghitamkan rambut dan sekarang telah dikomersilkan oleh sesetengah syarikat pengeluar syampu seperti jenama Feather. Tumbuhan ini juga memberikan bnyk manfaat dlm bidang perubatan ayurveda seperti merawat batuk dan anti-depresi. Kembali kepada penggunaan warna biru dlm nasi kerabu ini, ada sesetengah masyarakat menggantikannya dgn pewarna tiruan. Mungkin kerana sukar utk mendapatkan bekalan bunga ini kerana ianya tidak dikomersilkan di negara kita. Oleh itu, berhati-hatilah dlm memilih sajian nasi kerabu anda dan terapkan nilai2 kesihatan dlm pemakanan. Hargailah warisan alam semulajadi kita yg tinggi nilainya. Mengapa kita harus memandang enteng kewujudannya sedangkan segala kebaikan itu diciptakan utk kita semua. Fikirkanlah dan nikmatilah, NASI KERABU BIRU....


sumber: wikipedia, economic botany, georgiavines.com dan resipi mama

No comments:

Post a Comment